wadai-1
PlayPause
wadai-1
wadai-4
wadai-3
wadai-2
previous arrow
next arrow

WADAI KIPENG

Wadai kipeng adalah makanan warisan orang Banjar. Bubur ini dikatakan kipeng kerana bancuhan tepung pulut yang ditambah secubit garam dibulat-bulatkan kemudian ditekan/ dipicit ditengah-tengahnya untuk menjadikannya “kipeng”. Menurut orang tua-tua, bubur akan mudah masak dan tidak perlu lama memasaknya. Wadai kipeng lebih enak jika kuahnya diletakkan durian. Makan sekali pasti nak lagi!